perihal dinner bh

-edited

Pertanyaan Untuk CINTA

"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu
SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu
KESEPIAN.


Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

TETAPI...

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerAna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.


Tips Rumah Tangga Romantik

sumber:http://www.madahcinta.com/blog/

1) “Nak panjang pendek-pendekkan, nak pendek panjang-panjangkan”..
bermaksud..kalau nak hubungan suami isteri tu berpanjangan..kalau gaduh ke apa ke..pendek-pendekkan rajuk..buangkan marah…cepat berbaik semula..

2) Sekiranya berpeluang pergi ke tepian pantai, kebetulan pula pantai itu berhadapan matahari naik (tak sesuai tengok matahari terbenam-waktu maghrib), duduklah sambil memerhatikan matahari naik. Selepas pasangan anda duduk di tepi pantai itu, lorekkan bentuk hati di sekeliling tempat bakal anda duduk.

3) Selepas pasangan anda pulang dari kerja pasti dia keletihan. Tawarkan dia mandi air panas. Sekiranya tiada kolam sediakan satu kerusi dengan dua baldi air panas. Satu baldi untuk rendaman kaki, dan satu lagi untuk mandian. Lebih manis lagi jika diletakkan sedikit haruman aromatherapy dan anda yang memandikan pasangan anda. Seterusnya berilah peluang kepada dia untuk melelapkan mata dengan memberi ciuman hangat sebelum dia terlena. Pasangkan penghawa dingin atau kipas supaya dia selesa dalam lenanya. Sekiranya anak-anak ada bersama, bawalah mereka bermain di tempat lain.

4) Bercuti berdua……rasanya ramai yang tak gemar kalo tanpa
anak-anak kan…..tapi kekadang ia dapat ‘refresh’ kembali hubungan
suami isteri…

5) Beri bunga Very Happy . Beri bunga kat suami pun okay apa, kalau suami tak suka bunga gantikan dengan benda lain.

6) Lepak kat coffee house sambil berbual-bual…..rasanya saat ni paling seronok….macam first dating plak… Surprised

7) Tinggalkan nota ringkas untuk isteri/suami. Lekat kat cermin solek atau depan pintu. Bolehlah tulis apa-apa jer tak semestinya I love you atau I miss you saja. Contohnya kalau suami pergi ke pasar dan tak nak bangunkan isteri bolehlah tinggalkan nota macam ni “Abang keluar kejap. Sayang jaga diri bebaik. I love you…”. Supaya bila isteri bangun tak ada lah tercari-cari suami sampai kat luar rumah tu.

8) Kalau jalan-jalan berdua pegang tangan macam orang tengah bercinta dan jangan lupa peluk pinggang. Cool

9) Salah satu cara nak eratkan kasih sayang suami isteri ialah setiap hari pastikan kita peluk pasangan kita selama 30 saat (kalau lebih pun takpe) Very Happy

10) Setiap kali berdoa selepas solat, doakan DIERATKAN SEERAT-ERATNYA perhubungan kita dgn suami.. sebab biasanya kita berdoa agar keluarga bahagia je.

11) Semasa memasak/ bancuh air - kalimah YA WADUD (Yang Maha Pengasih) iaitu salah satu dari Asmaul Husna kita ucapkan berkali seakan-akan sebati dgn masakan kita tadi.

12) Ayat terakhir ALI IMRAN : lebih kurang gini.. YA AIYYUHALLAZI NA’AMANUSBIRU WASOBIRU WAROBITU WATTAQULLAHALA’ALLAKUM TUPSIRUN.. (Sila rujuk Al-Quran utk bacaan yg betul). Kita lafazkan acapkali sambil pejamkan mata dan bayangkan muka orang-orang yang kita sayang.. suami dan anak-anak. Atau..semasa mereka tido kita ucapkan dan hembus ke ubun-ubun mereka yang sedang nyenyak tu.

Benarkah lelaki sejati tidak boleh menangis?

Runtuhkah ego lelaki?
Oleh ADHAM SHADAN


KAUM Adam lebih mudah menangis apabila berasa terlalu
bahagia atau terlalu pilu. -



'LELAKI sejati tidak boleh menangis!' Kata-kata itulah yang bergema dalam diri kebanyakan lelaki sehingga mereka tidak selesa untuk mengeluarkan air mata di hadapan orang. Biar sepedih mana penderitaan, mereka lebih rela menangis di dalam hati.
Sejak kecil, lelaki dilarang untuk menangis. 'Kamu lelaki, mana boleh menangis'.

Kata-kata itu sering diucapkan orang tua ketika anak lelaki jatuh dari buaian di padang permainan atau diserang demam yang teruk. Yang pasti, kata-kata itu memberi kesan psikologi mendalam sehingga terbawa-bawa di minda lelaki yang dewasa.

Natijahnya, lelaki adalah golongan yang bijak merahsiakan perasaan.

TANGISAN lelaki lebih dilihat positif kerana mencerminkan
kejujuran. -

Menangis adalah pantang. Mereka bimbang jika mereka menangis, mereka akan dianggap tidak macho, lembik atau pondan. Lagi pula, kalau menangis di hadapan perempuan, sungguh memalukan!

Berasaskan kebimbangan itu, timbul persoalan iaitu benarkah lelaki sejati langsung tidak boleh menangis? Barangkali, inilah persoalan yang bermain di fikiran mereka tatkala mereka berusaha menahan air mata daripada tumpah atau lebih tepat mempertahankan ego mereka.

Jawapannya, tiada salahnya seorang lelaki sejati menangis. Mengapa? Ini kerana mengekspresikan emosi itu sendiri punya kebaikannya. Apabila anda meluahkan emosi dengan menangis, ia dapat melegakan ketegangan dalaman atau meredakan sebahagian sistem saraf dan mengembalikannya kepada keadaan normal.

Mungkin ini juga jawapan mengapa jangka hayat perempuan lebih panjang seperti yang difikirkan seorang pakar kimia, David Maillie yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam kajian biokimia dan klinikal.



Tambahan pula, menangis membuatkan emosi anda lebih jelas. Luahan emosi yang tidak jelas boleh menjejaskan hubungan kerana bukan sahaja anda tidak pasti apakah perasaan anda bahkan orang lain juga menjadi keliru. Akibatnya, orang lain (terutamanya wanita) akan menganggap kurangnya emosi yang dipertontonkan sebagai tidak berperasaan.

Jangan anda fikir kebanyakan wanita akan menganggap anda kurang macho jika anda menangis. Hasil pelayaran penulis di forum-forum berkaitan di internet, turut memperlihatkan banyak juga reaksi positif oleh perempuan terhadap lelaki yang menangis.

Seorang rakan sekerja perempuan penulis secara spontan dengan menyifatkan lelaki yang menangis menampilkan kejujuran dan keberanian kerana sanggup melepaskan ego demi apa yang mereka rasai. Ia jauh daripada imej stereotaip lelaki yang digambarkan 'keras'.

Kenapa tangisan lelaki dikatakan jujur? Ini kerana, lelaki sejati hanya menangis dalam situasi yang benar-benar menyentuh hati mereka.

ajian oleh Psychologie Magazine pada tahun lalu menunjukkan wanita biasanya menangis kerana tidak dapat mengawal perasaan marah, takut dan kecewa berbanding lelaki. Di sebalik 'kegagahan' lelaki, kaum Adam ini dikatakan lebih mudah menangis apabila berasa terlalu bahagia atau terlalu pilu.

Penulis tertarik dengan sepotong ayat yang ditulis seorang isteri dalam sebuah forum berbahasa Inggeris.

"Suami saya telah menjadi tentera laut selama lapan tahun dan saya tidak pernah mempersoalkan kegagahannya untuk mempertahankan negara. Tetapi, dia boleh menjadi begitu sensitif dan mudah menangis pada perkara yang amat memilukan dan membahagiakan.

"Dia menangis pada hari perkahwinan kami, ketika anak perempuan saya dilahirkan dan apabila anak-anak saya mengucapkan perkataan buat kali pertama. Saya menyifatkannya satu anugerah mengagumkan apabila dia mempunyai emosi yang mudah tersentuh, namun masih gagah dan macho."

Kesimpulannya, tiada salahnya untuk lelaki menangis. Tetapi biarlah tangisan itu kena pada tempat dan masanya serta yang penting, tidak keterlaluan.

Bagaimanapun, satu kajian terbaru daripada Penn State University, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa air mata lelaki kini lebih diterima berbanding perempuan. Kajian ke atas 284 orang itu mendapati, tangisan lelaki lebih dilihat positif kerana mencerminkan kejujuran sedangkan tangisan perempuan pula dilihat sebagai hilang kawalan.

Menurut kajian, televisyen juga memainkan peranan dalam hal ini. Program hiburan seperti realiti TV dan drama juga semakin banyak memperlihatkan lelaki menangis.

Barangkali ada benarnya tanggapan itu. Ketika lagu Real Man Cries dirakamkan kumpulan The Elms pada tahun 2001, lagu Big Girls Don't Cry nyanyian Fergie pula berkumandang mutakhir ini.

Tags:

Bagaimana Menyayangi Seseorang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka,
jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia.. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah
lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah
kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

7 ayat cinta

Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan Malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah: Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah: Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquataillahbillah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah: Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Mutiara Kata Untukmu

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ”

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.”

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.”

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”

“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.”

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”


~ DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj