Showing posts with label Ayat cinta. Show all posts
Showing posts with label Ayat cinta. Show all posts

Kemaafan warnai cinta sejati

SUKAR mempercayai orang yang baru ditemui. Jika baru mengenalinya, tentu perasaan sangsi akan timbul di sanubari. Ada yang sudah lama mengenali tetapi masih juga belum mempercayai antara satu sama lain.

Dalam sebuah perhubungan, tidak wajar sekiranya masih tidak ada kepercayaan pada si dia. Walaupun mungkin anda tidak mempercayainya 100 peratus, tetapi tidak salah jika meletakkan anggaran di bawah 70 peratus keyakinan pa danya.


Ada faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan untuk mencari definisi sebenar kebahagiaan. Berikut antara perkara yang boleh dijadikan perisai diri dalam menjalin perhu bungan:

- Percaya apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wa sangka. Apa yang dibicarakan tidak perlu disangsikan kerana ia ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tetapi berhati-hati kerana mungkin dengan cara ini, si dia boleh menjerat anda dalam perangkapnya yang tidak disangka.

- Mengawal si dia misalnya, jika si dia datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda, bermakna anda boleh mengawal dirinya daripada melakukan perkara yang tidak disukai. Bukan bermakna anda boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak anda, dia mempercayai dan tidak ragu-ragu dengan cara anda.

- Komitmen bukanlah sekadar menepati janji tetapi meng hargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda atau pun si dia bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tentu saja perhubungan anda ceria dan aman.

- Kejujuran memang perlu untuk menjamin perhubungan yang bahagia. Anda juga tidak patut menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahuinya.

Walaupun ada kalanya tercetus pertengkaran kecil tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

- Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah me nerima seadanya baik buruk pasangan anda. Namun, ten tunya anda dan si dia berusaha untuk berubah jika ada sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhu bungan.

- Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri.

- Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri dalam emosi si dia. Tidak mudah melakukan perkara ini.

Tetapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pa sangan mampu mengatasi perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan.

- Apabila rasa yakin, anda boleh memberi pandangan bersama si dia, baik dalam hal remeh-temeh hingga ke perkara serius. Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar, malah akan menyimpan rahsia anda.

- Memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat antara anda dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya tidak berani menghadapi kenyataan. Tidak mungkin anda sering mem punyai pendapat sama, sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

- Cinta sejati akan diwarnai pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan.

Walaupun pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik mungkin tidak akan terlintas di fikiran.

- Ramai pasangan berasa tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada di benaknya. Hakikatnya, ia sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi me ngelakkan perkara yang tidak diingini.

Oleh itu, jalan terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikir panjang, sebaliknya harus mendengarnya terlebih dulu dan kemudian membuat keputusan.

Pintu bahagia sentiasa ada

DALAM meletakkan fasa dalam sesuatu perhubungan, sudah pasti ada sesuatu yang dicari. Pada diri si dia, tentu anda mengharapkan yang baik daripada yang terbaik.

Begitu juga dalam membina impian dalam percintaan, pelbagai perkara yang difikirkan mengenai si dia. Adakah nilai yang diberikan itu ada persamaan dengan apa yang anda dambakan? Renungi perkara berikut untuk memperoleh kekuatan dalam bercinta:


# Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana kekayaan pasti musnah.

Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu.

# Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga anda bermimpikan orang seperti itu.

# Semoga anda mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.

# Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.

# Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah bercakap-cakap lama dengannya.

# Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda memperolehnya.

# Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.

# Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.

Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas.

# Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya.

# Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

# Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

# Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya orang yang pernah hadir dalam hidup anda.

# Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya.

# Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.

# Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

# Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya.

# Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.

# Jangan mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.

# Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Kau tetap dihati

Jika kita menyintai,
kadangkala kita terpaksa melepaskannya,
bukan kerana benci, amarah

tapi

hanya satu sebab
iaitu cinta,
kerana kita menyintainya sepenuh hati tanpa berbelah bagi,
walau hakikatnya dia tiada disisi,
bukan bodoh jika kita terus menyintai

tapi kerana hati ini telah pun diisinya,
biarkanlah dia pergi,
tapi cinta tetap bersemi